Ahad, 13 April 2008

-Mc Donald-


Perbadanan McDonald's (BSNY: MCD) merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia.

Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's.

GARIS MASA SEJARAH MC DONALD

  • 1937: Adik-beradik Dick dan Mac McDonald membukan gerai hot dog yang dinamakan "Airdome" di Arcadia, California.
  • 1940: Dick dan Mac memindahkan Airdome ke San Bernardino, California, di mana mereka membuka sebuah restoran McDonald's di Route 66 pada 15 Mei. Sebagaimana yang biasa pada masa itu, mereka menggajikan lebih kurang 20 pelayan. Menu mereka mengandungi 25 jenis makanan, kebanyakannya daging barbeku. Hamburger McDonald's yang pertama berharga AS$0.15. Restoran itu menjadi suatu tempat yang amat popular dengan remaja-remaja, serta amat menguntungkan.
  • 1948: Selepas mendapati bahawa hampir kesemua keuntungan mereka datangnya daripada hamburger, kedua-dua adik-beradik menutup restoran mereka selama beberapa bulan untuk mencipta dan melaksanakan "Sistem Perkhidmatan Speedee", sebuah sistem rangkaian pemasangan yang lalu arus untuk hamburger. Pelayan-pelayannya dipecat dan sewaktu restoran itu dibuka semula, ia hanya menjual hamburger, susu kocak dan kentang jejari. Dijual pada harga AS$0.15, harga burgernya hanya merupakan setengah daripada harga di tempat lain yang umum, dan ia dilayan dengan segera. Restoran itu amat berjaya, dan kemasyhurannya disebar dari mulut ke mulut.
  • 1953: Adik-beradi McDonald memulakan francaisnya, dengan Neil Fox merupakan pembeli francaisnya yang sulung. Yang kedua dibuka di Phoenix, Arizona. Ia merupakan restoran pertama untuk menonjolkan reka bentuk Lengkung Emas; kemudiannya pada tahun yang sama, restoran yang asal dibina semula mengikut gaya ini.
  • 1953: Restoran McDonald's yang keempat dibuka di Downey, California pada sudut Lakewood dan Florence Avenue, yang kini merupakan restoran McDonald's yang tertua di dunia yang masih beroperasi.
  • 1954: Usahawan dan jurujual pengadun susu kocak, Ray Kroc terpesona oleh restoran McDonald's semasa membuat lawatan, apabila beliau mendapati keupayaannya yang luar biasa serta kepopularannya. (Orang-orang lain yang pernah melawat restoran itu dan diilhami olehnya ialah James McLamore, pengasas Burger King, dan Glen Bell, pengasas Taco Bell.) Selepas melihat operasi restoran itu, Kroc bertemu dengan adik-beradik McDonald, dengan cadangan supaya membenarkannya menjual francais restoran McDonald diluar pangkalan syarikat (iaitu California dan Arizona), dengan sendiri sebagai pembeli francais yang pertama. Kroc bekerja bersungguh-sungguh untuk menjual McDonald's dan juga cuba memujuk Walt Disney yang merupakan kenalannya pada masa perang, supaya mengizinkannya membuka sebuah saluran keluar di Disneyland yang akan dibuka tidak lama kemudian. Malangnya, percubaan itu tidak jadi.
  • 1955: Ray Kroc menubuhkan "McDonald's Systems, Inc." pada 2 Mac, sebagai struktur undang-undang untuk pembeli francaisnya. Beliau membuka restoran McDonald's yang kesembilan di Des Plaines, Illinois, Chicago pada 15 April. Jumlah jualannya pada hari pertama ialah AS$366.12. Kini, risalah syarikat biasanya merujuk kepada tarikh itu sebagai "permulaan" syarikat, walaupun McDonald's pada waktu itu sudah beroperasi selama 15 tahun. Perubahan ini bertindak untuk menghapuskan nama adik-beradik daripada sejarah McDonald's untuk mengutamakan "Pengasas" Kroc. Syarikat masih merujuk kepada restoran ini sebagai "McDonald's #1".
  • 1955: Ray Kroc menggajikan Harry J. Sonneborn sebagai Ketua Pegawai Kewangan untuk McDonald's. Harry Sonneborn menjadi pengaruh yang utama di perbadanan McDonald's sehingga beliau meletakkan jawatan pada tahun 1967.
  • 1960: Syarikat Kroc diberikan nama yang baru, iaitu "Perbadanan McDonald's".
  • 1961: Adik-beradik McDonald bersetuju menjual hak-hak perniagaan mereka kepada Kroc dengan harga AS$2.7 juta. Kroc meminjam daripada beberapa pelabur (termasuknya Universiti Princeton); Kroc berasa harga yang ditetapkan adalah terlalu tinggi dan wujudnya ketegangan hubungan antaranya dengan adik-beradik itu. Perjanjian itu membenarkan adik-beradik meneruskan operasi restoran asal mereka, tetapi sebagai kealpaan, mereka gagal mengekalkan hak untuk merupakan salah satu daripada francais McDonald's. Dinamakan semula dengan nama "M Besar" ("The Big M"), Kroc menyebabkan perniagaan itu tertutup dengan membuka sebuah saluran keluar McDonald hanya satu blok daripada restoran adik-beradik itu di utara; beliau menghadiri pembukaan itu. Jika adik-beradik itu mengekalkan perjanjian yang asal, dan diberikan 0.5% daripada hasil tahunan rangkaian itu, mereka atau warisnya akan menerima melebihi AS$100 juta setahun pada hari ini.
  • 1963: Salah satu daripada wawasan pemasaran Kroc ialah keputusannya untuk menujukan pemasaran hamburger McDonald kepada keluarga dan kanak-kanak. Pembeli francais Washington, D.C., John Gibson dan Oscar Goldstein (Perbadanan Penyebaran Gee Gee) menajakan pertunjukan kanak-kanak di WRC-TV yang digelarkan Pelawak Bozo, satu watak francais. Peranan watak itu dilakon oleh Willard Scott di Washington, D.C. dari 1959 sehingga 1962. Selepas pertunjukan itu dibatalkan, Goldstein menggajikan Scott untuk melakonkan maskot baru McDonald's, "Ronald McDonald", dalam tiga iklan TV yang pertama. Watak itu kemudiannya menyebar ke lain-lain tempat di Amerika Syarikat melalui kempen pengiklanan, walaupun Scott serta versi kostumnya yang asal ditukar. Beberapa tahun kemudian, barisan watak McDonaldland diperkembangkan.
  • 1963: Filet-O-Fish diperkenalkan di sebuah restoran di Cincinnati, Ohio yang terletaknya di kawasan yang didominasikan oleh Roman Katolik yang tidak makan daging pada hari Jumaat. Hidangan ikan itu merupakan tambahan yang pertama kepada menu asal, dan dijual di seluruh Amerika Syarikat pada tahun yang berikutnya, dengan ikan dibekalkan oleh Gorton's dari Gloucester.
  • 1967: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di luar Amerika Syarikat di Richmond, British Columbia.
  • 1967: Reka bentuk restoran berasingan kini, dengan bumbung mansard dan tempat duduk dalam, diperkenalkan.
  • 1968: Mac Besar, yang serupa dengan hamburger Big Boy, dan hamburger, Pai Epal Panas ("Hot Apple Pie") diperkenalkan.
  • 1970: Selepas hak milik bertukar tangan pada 1968, restoran "M Besar" yang asal ditutup. Bangunan itu dirobohkan dua tahun kemudian, dengan hanya sebahagian tanda papannya tertinggal; ini telah pun dipulihkan.
  • 1971: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Asia pada Julai di Jepun, iaitu di daerah Ginza, Toky.
  • 1971: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Eropah pada 21 Ogos di Belanda, iaitu di Zaandam (berhampiran Amsterdam). Pembeli francais ialah Ahold.
  • 1971: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Jerman, iaitu di Munich pada Disember. Ia merupakan saluran keluar McDonald's yang pertama untuk menjual minuman alkohol, iaitu bir. Negara-negara Eropah yang lain berikut pada awal 1970-an.
  • 1971: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Australia, iaitu di subbandar Yagoona, Sydney pada bulan Disember.
  • 1973: "Paun Sesuku" ("Quarter Pounder") diperkenalkan.
  • 1974: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di United Kingdom, iaitu di Woolwich, London tenggara, pada 12 Oktober. Ia merupakan restoran syarikat yang ke-3000.
  • 1975: Konsep "Pandu Lalu" ("The Drive-Thru") diperkenalkan pada bulan Januari di Sierra Vista, Arizona. Ia kemudian digelarkan "McPandu" ("McDrive") di sesebahagian negara.
  • 1977: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Ireland.
  • 1979: "Hidangan Bahagia" ("Happy Meal") diperkenalkan di Amerika Syarikat.
  • 1979: Restoran McDonald's dibuka buat pertama kali di Perancis, iaitu di Strasbourg.
  • 1980: McDonald's memperkenalkan sandwic "McAyam" ("McChicken") yang merupakan makan ayam pertama. Ia tergagal dan dikeluarkan daripada menu, tetapi diperkenalkan semula selepas "Ayam McNugget" ("Chicken McNuggets") berjaya.
  • 1983: McDonald's memperkenalkan "Ayam McNugget" yang merupakan campuran daging putih dengan yang bukan putih dalam bentuk ketulan yang kecil; dengan pantasnya, ia menjadi makanan laris.
  • 1984: Pada 18 Julai, James Oliver Huberty merompak sebuah restoran McDonald's, dan membunuh 21 orang di San Ysidro, San Diego, California, dalam satu peristiwa yang kini digelarkan pembunuhan beramai-ramai McDonald's.
  • 1984: Syarikat menjadi penaja utama untuk [Olimpik Musim Panas 1984]]. Restoran-restorannya di Amerika Syarikat mengalami kerugian dalam permainan "Apabila Amerika Syarikat Menang, Kamu Memang" ("When America Wins, You Win") selepas negara-negara blok Soviet memulakan Sukan itu dan menyebabkan Amerika Syarikat memenangi banyak pingkat.
  • 1985: McDonald's membuka saluran keluar buat pertama kali di Itali, iaitu Bolzano-Bozen.
  • 1986: McDonald's membuka saluran keluar yang kedua di Itali, dan yang pertama di Rom. Untuk mengharmonikan dengan persekitaran yang bersejarah berhampiran Spanish Steps, muka bangunan itu berwarna lembut dan hiasan dalamannya mencipta piawai yang baru untuk syarikat.
  • 1988: McDonald's membuka restoran buat pertama kali di negara komunis, iaitu di Győr, Hungary. Sebuah restoran di Belgrade, Yugoslavia dibuka pada tahun yang berikutnya.
  • 1990: McDonald's membuka saluran keluar yang pertama di Moscow pada 31 Januari. Pada suatu masa, ia merupakan McDonald's yang terbesar di dunia (ia masih merupakan saluran yang terbesar di Eropah). Disebabkan alasan politik, McDonald's Kanada bertanggungjawab kepada pembukaan saluran keluar ini tanpa banyak bantuan daripada syarikat induk di Amerika Syarikat; sebuah dinding memaparkan bendera Kanada and Soviet. Untuk mengatasi masalah bekalan, syarikat itu memulakan rangkaian bekalan tersendiri, termasuknya penternakan, di dalam Kesatuan Soviet. Berbeza dengan pelaburan asing yang lain, restoran ini menerima rouble dan bukannya dolar Amerika Syarikat. Ia amat popular, dengan pelanggan-pelanggan berbaris berjam-jam pada awal-awalnya.
  • 1992: McDonald's yang pertama membuka di Afrika, iaitu Casablanca, Morocco.
  • 1992: Stella Liebeck mengalami luka terbakar darjah ketiga sewaktu membeli kopi di sebuah McDonal pandu lalu. Dia mendakwa syarikat dalam kes yang kini digelarkan "kes kopi McDonald's".
  • 1992: Pekerja-pekerja McDonald's, iaitu Freeman MacNeil, Darren Muise, dan Derek Wood dari Sungai Sydney, Nova Scotia, memecah masuk ke dalam restoran selepas waktu tutup untuk merompak tempat itu. Mereka menembak, menikam, dan memukul tiga orang pekerja sehingga mati dan meninggalkan seorang cacat secara kekal.
  • 1992: Restoran McDonald's yang terbesar di dalam dunia dibuka pada 23 April di Beijing, China (melebihi 700 tempat duduk). Bersama-sama dengan bangunan lain yang bersebelahan, ia kemudian diroboh.
  • 1993: Pada tengah hari 10 Ogos, Dion Terres masuk ke restoran McDonald's di Kenosha, Wisconsin dan menembak tiga kali secara rawak dari revolver .44nya. Dua orang mati dan seorang lagi cedera sebelum dia membunuh diri.
  • 1994: McDonald's memulakan pemasaran ujian untuk hamburger CheeseHouse dengan sos McDJ yang istimewa di bahagian-bahagian Cleveland yang terpilih. Produk itu gagal.
  • kira-kira 1995: McDonald's menerima sungutan daripada pembeli francais bahawa terlalu banyak francais telah dibenarkan, dan menyebabkan pesaingan yang hebat antara mereka. McDonald's memulakan kajian kesan pasaran sebelum membenarkan francais yang baru.
  • 1996: Selepas aparteid berakhir, McDonald's yang pertama dibuka di Afrika Selatan.
  • 1996: McDonald's yang pertama dibuka di Belaru, dan merupakan negara yang ke-100 untuk rangkaiannya. Sewaktu upacara pembukaan, tentera awam Belarusia dituduh atas kekejaman kepada orang awam yang hendak masuk ke restoran di Minsk.
  • 1996: McDonald's yang pertama di India dibuka.
  • 1997: McDonald's memenangi kes "McLibel" yang telah dianggap sebagai kemenangan yang membawa kerugian kepada imej syarikat. Hanya lebih kurang separuh daripada keputusan mahkamah terhadap tuduhan-tuduhan memihak kepada McDonald's, walaupun banyak sumber undang-undang telah digunakan untuk mendakwa defendan-defendan yang mewakili diri.
  • 1998: McDonald's yang pertama dibuka di Lahore, Pakistan. Seminggu kemudian, sebuah saluran keluar dibuka di Karachi.
  • 1999: Penindak cergas Perancis yang berhaluan kiri, José Bové dan subahatnya menarik perhatian sejagat sewaktu memusnahkan bangunan francais McDonald di Millau (Aveyron) yang cuma separuh siap dibina. Peristiwa itu terjadi selepas Kesatuan Eropah mengharamkan import daging Amerika Syarikat keran menggunakan rawatan hormon; untuk membalas dendam, Amerika Syarikat menaikkan duti import untuk keji Roquefort Perancis dan produk-product Kesatuan Eropah yang lain. Bové dihukum penjara tiga bulan untuk peranannya dalam peristiwa ini.
  • 2000: Eric Schlosser menerbitkan "Negara Makanan Segera" ("Fast Food Nation"), sebuah buku yang kritis kepada makanan segera secara amnya, dan khususnya, McDonald's.
  • 2000: Syarikat membuka saluran keluar British yang ke-1000 di dalam Kubah Milenium ("Millennium Dome").
  • 2001: Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) melaporkan bahawa pekerja-pekerja Simon Worldwide, sebuah syarikat yang ditugaskan oleh McDonald's untuk memberikan perkhidmatan promosi untuk "Hidangan Bahagia" ("Happy Meal") dan pertandingan 'Millionaire'/'Monopoly', membuat pencurian yang bernilai melebihi AS$20 juta.
  • 2002: Kajian oleh majalah "Restoran dan Institusi" ("Restaurants and Institutions") menempatkan McDonald's sebagai restoran yang ke-15 dari segi mutu makanan di kalangan rangkaian hamburger, dan menekankan kegagalan syarikat untuk menguatkuasakan piawainya dalam rangkaian francais.
  • *2002: McDonald's mencatatkan kerugian suku tahun buat pertama kali (AS$344) pada suku tahun terakhir. Ia bergerak balas kepada pesaingan yang hebat daripada restoran-restoran makanan segera yang lain, dengan mencuba beralih ke segmen pasaran yang lebih tinggi, melalui burger yang lebih bermutu, dan jenis yang lebih banyak, serta memasang pulih restoran-restorannya. Ia mengumumkan bahawa ia akan menarik diri daripada tiga buah negara (termasuknya Bolivia) dan menutup 175 buah restoran yang rugi.
  • 2003: McDonald's memulakan kempen pemasaran sejagat yang menonjolkan imej yang lebih sihat dan lebih bermutu. Kempen itu yang diberikan gelaran "Aku tengah menyukainya" ("i'm lovin' it™") dimulakan dengan serentak di lebih daripada 100 negara di seluruh dunia.
  • 2003: Menurut Technomic, sebuah firma penyelidikan pasaran, bahagian pasaran McDonald's di Amerika Syarikat telah jatuh tiga titik peratusan dalam lima tahun dan kini merupakan 15.2 peratus.
  • 2003: McDonald's melaporkan kerugian sebanyak AS$126 juta untuk suku tahun yang keempat.
  • 2004: Morgan Spurlock mengarah dan berlakon dalam filem dokumentari "Saiz Super Ku" ("Super Size Me") di mana protagonis tidak memakan apa-apa kecuali makanan McDonald's selama 30 hari dan mengalami kemerosotan kesihatannya.
  • 2005: McDonald's menguji kaji dengan pusat panggilan untuk pesanan pandu lalu. Pusat itu yang ditempatkan di Fargo, North Dakota mengambil pesanan dari lebih daripada sedozen saluran keluar di Oregon dan di Washington. Uji kaji ini disebabkan sebahagiannya oleh kos buruh, kerana gaji minimum di Dakota Utara adalah jauh lebih rendah (melebihi 40%) daripada gajinya di Oregon ataupun Washington.
  • 2005: Disebabkan oleh tekanan pesaingan, McDonald's Australia memulakan polisi "Dibuat untuk kamu" ("Made for you") di mana makanannya dimasak selepas pelanggan membuat pesanan, berbanding tatacara bertentangan yang diamalkan sejak 1948). Ia akan menjadi amalan yang piawai di semua restoran di Australia pada tahun 2007. Sesebahagian restoran di New Zealand telah mengikutnya. Amalan itu pernah diuji di Amerika Syarikat lebih awal lagi tetapi tidak berjaya.
  • 2005: McDonald's membuka perkhidmatan Wi-Fi di restoran-restoran yang terpilih, dengan Nintendo untuk Nintendo DS.
  • 2006: McDonald's mengumumkan bahawa ia akan membekalkan maklumat pemakanan dalam bungkusannya untuk semua produk, bermula pada bulan Mac dan perubahan menu-nya akan menekankan ayam, salad, dan "makanan segar" yang lain, berbanding hamburger.

Sabtu, 12 April 2008

-Coca-Cola-



Coca-Cola ialah minuman kola berkarbonat yang dikeluarkan oleh Syarikat Coca-Cola (The Coca-Cola Company; NYSE:KO) dari Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat. Minuman ini merupakan salah satu daripada jenama komersil yang terkenal di dunia dengan jualan sejagat yang amat meluas. Setelah menerima nama samaran Coke yang digunakan secara meluas, Syarikat Coca-Cola kemudian telah mendaftar nama ini sebagai cap dagangannya.

Dicipta sebagai ubat paten pada hujung abad ke-19, Coca-Cola telah diperoleh oleh usahawan Asa Griggs Candler, dan melalui taktik pemasarannya yang amat bijaksana, Coke berjaya mendominasi pasaran minuman bergas di seluruh dunia pada abad ke-20. Walaupun sekali sekala dikritik kerana kesannya kepada kesihatan dan dituduh kerana perlakuan kesalahan oleh syarikat itu, Coca-Cola masih merupakan minuman bergas yang amat popular di seluruh dunia.


RUMUSAN COCA-COLA

Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa rumusan minuman Coca-Cola merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja. Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali "7X" yang selama ini dianggap sebagai komponen kamiran untuk Coca Cola. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui "X" itu merujuk kepada apa — walaupun adalah dipercayai pekerja Coca Cola mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik keatas resipi Coca-Cola. Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahi sains pemakanan — melalui kaedah analisis yang moden — mampu mengenalpasti komposisi produknya, satu fakta yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.

Namun, terdapat khabar angin yang menyatakan resipi asal Coca Cola mengandungi kekacang mongolia, dan pada pertengahan 80-an apabila rahsia ini dibongkar oleh kerajaan Mongolia, mereka telah menaikkan harga komoditi ini.(Coca Cola telah membeli kekacang mongolia secara senyap melalui beberapa pengedar). Akibatnya, Coca Cola terpaksa menggantikannya dengan kekacang mongolia tiruan. Selepas itu, sama ada disebabkan usaha mereka untuk membuat keuntungan apabila ramuan rahsia mereka menjadi semakin mahal, atau perisa tiruan mereka tidak menjadi (dan syarikat ini memerlukan lebih masa agar orang ramai melupakan rasa Coca-Cola yang sebenar), 'Coke' yang baru telah diperkenalkan.


MODEL PENGELUARAN FRANCAIS

Pengeluaran dan pengedaran Coca-Cola adalah mengikut model francais. Syarikat Coca-Cola hanya menghasilkan sari sirap yang dijual kepada pelbagai pembotol yang memegang francaisnya di seluruh dunia. Para pembotol ini menghasilkan minuman siap dengan mencampurkan sari sirap dengan air turas dan gula (ataupun pemanis buatan). Selepas mengisikan minuman dalam tin dan botol, mereka akan menjual dan mengedarkannya kepada kedai runcit, restoran, mesin layan diri, dan pengedar perkhidmatan makanan. Biasanya, pembotol-pembotol juga dikehendaki bertanggungjawab untuk kesemua pengiklanan dan promosi jualan di dalam kawasan mereka.

Syarikat Coca-Cola merupakan pemilik saham minoriti bagi beberapa pembeli francais yang terbesar, seperti Coca-Cola Enterprises dan Coca-Cola FEMSA, tetapi hampir setengah daripada jumlah jualan sejagat adalah dihasilkan oleh pembotol-pembotol yang sepenuh bebas.

Oleh sebab gula dan pemanis ditambahkan oleh pembotol, kemanisan minuman Coca-Cola telah dikatakan berbeza-beza dari satu kawasan ke satu kawasan supaya dapat menyesuaikan rasa minuman kepada rasa orang tempatan.


REKABENTUK COCA-COLA


Versi pertama botol yang termasyhur ini dikeluarkan pada tahun 1916.

Sebahagian besar Logotip Coco-Cola yang termasyhur telah dikatakan dicipta oleh Frank Mason Robinson, rakan kongsi John Pemberton, pada tahun 1885. Adalah Robinson yang memberikan nama kepada minuman ini, dan beliau juga memilih askara kursif yang tersendiri untuk logo itu. Muka taip yang digunakan merupakan askara Spencer telah diperkembangkan pada pertengahan abad ke-19 dan digunakan untuk tulisan tangan yang rasmi di Amerika Syarikat pada waktu itu.

Botol Coca-Cola yang serupa termasyhur, dan digelarkan "botol kontur" dalam syarikat, telah dicipta oleh Alexander Samuelsson, bekas peniup kaca Sweden, yang berhijrah ke Amerika Syarikat pada 1880-an. Beliau digajikan sebagai pengurus Syarikat Root Glass di Terre Haute, Indiana yang merupakan salah satu daripada pembekal botol Coca-Cola. Menurut legenda, selepas menerima pesanan untuk botol yang benar-benar tersendiri daripada pembotol Benjamin F. Thomas, Samuelsson memutuskan untuk menentukan adakah bentuk kedua-dua bahan di belakang nama produk (iaitu, koka dan kekeras kola) dapat bertindak sebagai ilham. Beliau mencari dalam Ensiklopedia Britannica dan dengan cepatnya terpaksa menyingkirkan gagasan itu. Bagaimanapun, beliau masih menyelak-nyelak halaman sewaktu ternampak sebuah gambar lenggai koko, dengan bentuk kembung serta alur tersendiri.

Pada November 1915, Syarikat Root Glass mempatenkan reka bentuk botol itu, dan memulakan pengeluaran pada tahun 1916. Telah dikatakan bahawa pemilik Syarikat Root Glass menjadi salah seorang yang terkaya di Indiana oleh sebab botol ini, sedangkan Samuelsson tidak mendapat apa-apa selain daripada gaji biasanya.

PENGIKLANAN COCA-COLA

Label yang direka bentuk khas untuk musim Krismas. Bentuk botol ini direka bentuk supaya dapat dikecam sejagat, walaupun terpecah, dan telah ditanda dagangkan.

Pengiklanan Coca-Cola membawa kesan yang utama terhadap kebudayaan Amerika, dan sering diberi penghargaan kerana merekacipta imej moden Santa Claus sebagai orang tua yang berpakaian merah dan putih; bagaimanapun, imej itu memang telah pun menjadi biasa sebelum Coca-Cola memulakan promosi imej itu pada tahun-tahun 1930-an dalam kempen-kempen pengiklanan musim sejuknya. Pada 1970-an, sebuah lagu daripada iklan Coca-Cola berjudul "Aku Ingin Mengajari Dunia Bernyanyi" ("I'd Like to Teach the World to Sing"), yang digubah oleh Roquel Billy Davis, menjadi lagu single yang disuka ramai, tetapi tiada buktinya bahawa jumlah jualan minumannya bertambah.

Pengiklanan Coke merebak kerana salah satu daripada matlamat Woodruff adalah untuk memastikan bahawa setiap orang di Bumi minum Coca-Cola sebagai minuman pilihannya. Pengiklanan Coke hampir sentiasa ada, khususnya di kawasan-kawasan selatan Amerika Utara, seperti Atlanta yang merupakan tempat asal Coke.

Cogan kata pengiklanan Coca Cola telah banyak kali ditukar dalam sejarah panjangnya, termasuk "Berhenti sejenak yang menyegarkan" ("The pause that refreshes"), "Aku ingin membelikan dunia sebotol Coke" ("I'd like to buy the world a Coke"), dan "Coke ialah itu" ("Coke is it") (sila lihat Cogan kata Coca-Cola).

KRITIKAN
(Legenda bandar dan kegunaan luar biasa)

Legenda bandar mengenai Coca-Cola yang terlalu banyak telah menyebabkan "Halaman Rujukan Legenda Bandar" ("Urban Legends Reference Pages") untuk mengekhaskan satu bahagian yang berasingan dalam laman webnya untuk "Legenda Coke". Satu dakwaan yang palsu mengatakan bahawa pada suatu masa, Coke berwarna hijau, ataupun dikarbonatkan secara tidak sengaja sewaktu seorang kerani memancutkan sirap ke dalam gelas yang salah.

Coca-Cola telah menjadi sasaran legenda bandar yang mencela bahawa minuman itu mengandungi terlalu banyak asid (nilai pHnya sebanyak 2.5 merupakan pertengahan antara cuka dengan asid gaster), ataupun air berkarbonatnya membawa kesan yang terancam.
Legenda bandar biasanya merupakan "fakta melawak", umpamanya:
  • "Peronda lebuh raya menggunakan Coke untuk membersihkan darah daripada lebuh raya selepas kemalangan."
  • "Terdapatnya orang yang pernah mati sewaktu menyertai pertandingan minum Coke."
  • "Coke boleh melarutkan gigi jika dibiarkannya semalaman."

Kesemua dakwaan ini adalah palsu. (Sedangkan peronda lebuh raya tidak menggunakan Coca-Cola untuk tujuan ini, telah dibuktikan dalam rancangan televisyen "MythBusters" bahawa Coca-Cola merupakan agen pencuci pencuci yang baik.)

  • Untuk maklumat lanjut mengenai keasidan dan rasa bimbang terhadap kesihatan, sila lihat sub bahagian keasidan di bawah.

Satu kegunaan Coke yang luar biasa adalah sebagai bahan kawalan karat — asid fosforik di dalam Coke dapat menukarkan oksida besi menjadi ferum fosfat. Oleh sebab itu, ia boleh dipergunakan untuk rawatan antikakisan peringkat permulaan bagi barang-barang besi dan keluli. Menurut berbagai-bagai laman web, asid dalam Coca-Cola juga boleh dipergunakan untuk menyadur anod titanium.

Bertentangan dengan kepercayaan popular, kokaina, iaitu ekstrak daun koka, tidak pernah ditambahkan ke dalam Coca-Cola secara langsung. Oleh sebab kokaina memang wujud dalam daun koka, terdapatnya sedikit kokaina juga di dalam minuman. Pada hari ini, Coca Cola menggunakan daun koka "terpakai" yang telah menjalani proses ekstrak kokaina untuk memberi rasa pada minumannya. Oleh sebab proses ini tidak dapat mengekstrak alkaloids kokaina pada peringkat molekul, minuman itu masih mengandungi kesan perangsang.

Kesan jangka panjang kepada kesihatan

Sedangkan ramai pakar pemakanan percaya bahawa "minuman bergas dan makanan yang kaya dengan kalori tetapi tidak bernutrien boleh padan dengan diet yang baik", telah dianggapi secara am bahawa Coca-Cola dan minuman bergas yang lain adalah berbahaya jika terlalu meminumnya, khususnya terhadap kanak-kanak yang minumnya sebagai ganti dan bukannya sebagai pelengkap untuk diet seimbang. Kajian telah mendedahkan bahawa peminum minuman bergas mempunyai pengambilan yang lebih rendah untuk kalsium (boleh mengakibatkan osteoporosis), magnesium, asid askorbik, riboflavin, dan vitamin A.


Coca-Cola juga membangkitkan kritikan untuk penggunaan kafeinanya. Industri minuman bergas telah menganggap kebanyakan daripada kritikan ini sebagai mitos bandar. Terdapat beberapa laporan yang mengatakan bahawa Coco-Cola boleh menagihkan, walaupun kebenaran cakap ini masih belum dipastikan.

Keasidan

Sejak 1920-an, banyak bukti telah dikemukakan untuk memastikan bahawa Coca-Cola tidaklah lebih berbahaya berbanding minuman bergas yang serupa, ataupun jus buah-buahan berasid seperti jus epal Mr Juicy. Dalam keadaan yang biasa, keasidannya tdiak mengakibatkan bahaya yang langsung.


Uji kajian 2005 oleh Akademi Pergigian Pediatri Amerika mendapati bahawa pH mulut selepas berkumur dengan Coca-Cola adalah 5.5, 5.6, and 5.7 in 5, 10, dalam jangka masa 20 minit (masing-masing). Tiada satu pHnya yang termasuk dalam julat genting untuk merosakkan enamel gigi. Diet Coke didapati mempunyai asid yang kurang sedikit.


Kesaksamaan uji kajian ini boleh dipersoalkan. Pada tahun 2003, xxx mendapat bantuan sebanyak AS$1 juta daripada Coca-Cola untuk membiayai penyelidikan pendidikannya.
Coca-Cola juga telah membangkitkan kritikan kerana penggunaan asid fosforiknya.

  • Untuk maklumat lanjut, sila lihat Asid fosforik di dalam makanan.

Sirap glukosa berfruktosa tinggi

Sejak akhir dekad- 1980-an di Amerika Syarikat, Coke telah dibuat daripada sirap glukosa berfruktosa tinggi sebagai untuk gula glukosa/fruktosa, kecuali Coke Kosyer untuk Passover ("Kosher for Passover") yang tidak boleh dibuat daripadanya. Penggantian ini telah disebabkan oleh harga gula yang semakin tinggi pada waktu ini. Terdapatnya beberapa kumpulan orang yang mengkritik langkah ini kerana jagung untuk sirap jagungnya mungkin datangnya daripada tumbuhan gen terganti.