Selasa, 26 Februari 2008

-Pop Art-

PENGENALAN POP ART

Pop Art atau Popular Art berkisar kepada hasil kebudayaan popular yang bersifat komersial dan materialistik. Selepas perang kebanyakan pelukis mengikut aliran abstrak dan membuangkan atau menyingkirkan objek-objek figuratif dan seni untuk tujuan realism yang kuat. Manakala artis-artis Pop Art membawa kembali objek figuratif dalam lukisan mereka secara langsung.

Pada akhir 60an terjadi ledakan ekonomi di mana terdapatnya peningkatan dalam pengeluaran dan barangan pengguna yang tersedia. Oleh sebab itu, pengiklanan menjadi penting untuk memasarkan kepada pengguna.

PERKEMBANGAN POP ART

Aliran ini bermula di England pada pertengahan 1950an yang pada asalnya ia adalah satu pergerakan yang mengelarkan diri mereka sebagai Independence Group (1954-1955) atau English Pop Art.

Pop Art berkembang serentak di England dan Amerika Syarikat menjelang awal 60an. Pop Art adalah pengaruh penting di England, New York, California, Eropah ( terutama di Perancis dan Itali). Bagi artis dari luar Amerika yang hidup dalam kesederhanaan selepas perang, imej ini menceritakan tentang kehidupan yang penuh dengan kemewahan yang tidak tergambar.

Dunia pictorial ini dikenali dan difahami oleh semua orang dan ia seolah-olah satu pembebasan bagi lebih ramai orang berbanding dengan seni abstrak yang elit.

Pengkarya Pop Art berpendapat tiada siapa yang perlu takut pada seni kerana pengetahuan dalaman dan pendidikan tidak lagi diperlukan. Semua orang tahu dan kenal dengan imej berkenaan. semua orang berupaya menghasilkan seni. Pop Art amat popular terutama dikalangan orang muda kerana seninya yang tiba-tiba sahaja menjadi segar dan mengikut keadaan.

CIRI-CIRI POP ART
  • Imej-imej berdasarkan sesuatu nilai yang biasa dalam kehidupan harian seperti komik, kartun, dan iklan.
  • Menggunakan imej-imej bergambar serta teknik hard-edge dan fotografi.
  • Mengguanakan teknik-teknik yang lebih mudah dan cepat.
  • Menggunakan warna yang lebih ceria dan menyerlah.

Isnin, 25 Februari 2008

-Bauhaus-

SEJARAH BAUHAUS

Bauhaus telah ditubuhkan pada tahun 1919 di mana Walter Gropius pada mulanya ialah Pengetua Grand Ducal School of Fine Arts of Saxony di Weimar. Sekolah tersebut telah bergabung dengan School of Art and Craft tetapi telah ditutup pada tahun 1915. Walaubagaimanapun, ia telah dibuka pada 1 April dan dinamakan semula sebagai Staatliches Weimar (State Bauhaus Weimar).

Bermula dengan slogan "The Building of the future" (Pembinaan masa depan), Bauhaus menggabungkan kesemua bidang kesenian di bawah satu institusi. Oleh sebab pendekatan ini, maka Bauhaus memerlukan artis yang baru yang mempunyai kepakaran akademik kerana ia menawarkan pendidikan yang serba lengkap. Bagi mencapai matlamat ini, pengasas Bauhaus, Walter Gropius telah menyedari perlunya untuk mewujudkan satu kaedah pengajaran yang baru. Beliau yakin bahawa asas bagi semua bidang kesenian adalah kemahiran kraftangan. Oleh sebab itu, Bauhaus telah bertukar sebuah "bengkel" di mana artis dan tukang kraftangan mengajar serta mengadakan kelas pertukangan di bawah satu bumbung. Mereka ingin menyangkal pendapat bahawa seni halus dan seni aplikasi adalah dua bidang yang berbeza.

Walaubagaimanapun, Revoulusi Industri telah menyebabkan Bauhaus beralih arah dari pertukangan kepada teknikal. Bauhaus telah menukar programnya bagi memenuhi kehendak pada ketika itu. Begitu juga dengan slogannya iaitu " Art & Technology - A New Unity ". Tahap rekabentuk mereka diaplikasikan mengikut potensi industri pada ketika itu dengan mengambil kira fungsi serta aspek keseniaanya. bengkel Bauhaus telah menghasilkan prototaip untuk pengeluaran besar-besaran : daripada lampu sehinggalah ke sebuah kediaman yang lengkap.

Sejarah Bauhaus sentiasa berubah-ubah. Pertukaran pengetua dan guru-gurunya, pengaruh artistik dari serata dunia serta campurtangan politik telah menyebabkan perubahan kekal di Bauhaus.

TUJUAN KEWUJUDAN BAUHAUS

Tujuan bauhaus diwujudkan adalah untuk menggabungkan seni dan kraf. Selain itu, ia juga untuk menghubungkaitkan idea dengan kreativiti dalam seni dan teknologi serta membuat kajian terhadap kualiti bahan dan bentuk dalam mereka cipta bagi menghasilkan keluaran yang baik dan bermutu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bauhaus, sila layari laman web di bawah ini:

http://www.bauhaus.de/english/bauhaus1919/zeittafel1919.htm


Sabtu, 23 Februari 2008

-Pemadam-


APA ITU PEMADAM?

Getah pemadam merupakan salah satu akelengkapan alat tulis. Ia merupakan getah lembut yang meghilangkan tanda yang dihasilkan dengan pensil. Bagaimanapun terdapat getah pemadam dakwat yang mampu juga menghilangkan tanda yang dihasilkan oleh pen.

Seringkali dalam penggunaan harian, ia diringkaskan kepada pemadam sahaja. Di pantai timur Malaysia, ia lebih dikenali sebagai roba.

Getah pemadam bersifat kenyal seperti getah, dan ia slalunya berwarna putih, perang atau merah jambu walaupun dengan bahan moden pelbagai warna mampu dihasilkan. Terdapat pensil yang dilengkapi dengan getah pemadam hujungnya. Getah pemadam mahal mungkin disebabkan ia mempunyai bahan (vinyl) atau plastic sebagai tambahan kepada getah. Dalam bahasa Inggeris Bristish, mereka menggunakan istilah rubber sementara bahasa Inggeris Amerika Syarikat pula, mereka menggunakan istilah eraser. Istilah rubber di Amerika Syarikat merujuk kepada kondom.

Pemadam juga merujuk kepada pemadam pada papan kerja seperti papan hitam atau papan putih. Pemadam papan hitam tradisional merupakan blok kayu berbentuk segi empat tepat yang mana, di atas blok kayu tersebut, terdapat sejenis kain iaitu felt. Manakala pemadam tangan pula merujuk kepada pemadam kain lembut yang dilekatkan pada sebelah tangan.

JENIS PEMADAM

Terdapat pelbagai jenis pemadam yang dihasilkan pada hari ini. Jenis pemadam yang sering terdapat pada pensil biasanya berwarna merah jambu atau merah, dan mempunyai tekstur yang licin bergatah. Ia baik untuk memadam kebanyakkan tulisan pensil, walaupun is cenderung melumur dan merosakkan kertas sekiranya terlalu kerap digunakan. Ia meninggalkan sisa pemadam yang perlu dibersihkan; sisda pemadam perlu dibuang dengan cermat kerana sisa tersebut mampu meninggalkan bekas pada kertas.

Sejenis getah pemadam lain yang popular dikalangan artis adalah pemadam art gum, yang diperbuat dari getah kasar, lembut. Ia amat sesuai bagi memadam kawasan yang luas, dan tidak merosakkan kertas. Walaubagaimanapun, pemadam ini meninggalkan banyak sisa pemadam dan tidak begitu tepat. Pemadam Art gum biasanya gelap atau keperangan.

Pemadam uli – (kneaded eraser) juga digemari dikalangan pelukis. Ia biasanya diperbuat daripada bahan kelabu dan menyerupai adunan (putty) atau gam. Kelebihannya adalah ia tidak meninggalkan sisa pemadam dan ia tahan lama berbanding pemadam lain. Ia memadam dengan “menyerap” pertikel graphite; ia boleh digunakan bagi pemadaman jitu, untuk hasilkan penonjolan atau untuk kerja yang lebih terperinci. Ia tidak sesuai bagi memadam kawasan yang luas dan mungkin comot (smear) atau melekat menjadi terlampau panas.

Pemadam vinyl lembut mempunyai tekstur seperti plastik dan ciri-ciri memadam serupa dengan pemadam getah biasa; ia adalah lebih lembut, kuat, dan dengan itu tidak mudah merosakkan kertas. Pemadam vinyl biasanya putih.

Getah pemadam terdapat dalam pelbagai saiz dan bentuk. Tambahan kepada yang terdapat dilekatkan pada pensil piawaian, ia juga berbentuk ketulan segi empat bujur (pemadam ketul atau baji), atau penutup berbentuk kon yang boleh dilekatkan pada hujung pensil (pemadam penutup). Pemadam tong atau pemadam klik adalah peranti yang berbentuk pensil, tetapi diisi dengan pemadam silinder boleh disimpan semula, dan bukannya dengan isi pensil (pencil lead). Getah pemadam hiasan diperbuat dalam pelbagai bentuk dan warna menurut tema (seperti nota muzik, haiwan, kuih-muih) dan ia dibeli sebagai hiasan dan bukannya untuk digunakan.

SEJARAH

Pada tahun 1770, pakar sains Joseph Priestly menyatakan, “Saya telah melihat bahan yang amat sesuai untuk digunakan bagi menghilangkan tanda pensil lead hitam pada kertas”. Di seluruh Eropah, tulisan pensil dipadamkan dari kertas dengan menggunakan keltulan getah. Ketulan bahan ini masih digunakan untuk tujuan ini, dan dinali sebagai ‘rubbers’ di England dan Australia menyebabkan kelucuan bagi orang Amerika, yang menggunakan istilah ‘rubber’sebagai kondom latex.

Juga pada tahun 1770, Edward Naime, jurutera Inggeris, dikatakan sebagai pencipta pemadam getah pertama. Sebelum penggunaan getah, serbuk roti digunakan sebagai pemadam. Naime mendakwa bahawa dia tersalah ambil kepingan getah dan bukannya serbuk roti, dengan itu menjumpai ciri-ciri pemadam getah, dan mula menjual pemadam getah.

Bagaimanapun, getah dalam bentuk mentah sukar disimpan, kerana ia mudah rosak dan akan rosak. Pada tahun 1839, pencipta Charles Goodyear menjumpai proses vulkanisation, kaedah merawat getah dan menjadikannya bahan yang tahan. Getah pemadam menjadi biasa dengan kemajuan getah vulkanised.

Pada tahun 1858, Hyman Lipman dari Philadelphia, Pennsylvania, Usa menerima paten pertama bagi melekatkan pemadam pada hujung pensil. Paten itu dibatalkan kerana itu ditetapkan bahawa ia merupakan gabungan dua peranti dan bukannya produk baru sepenuhnya.

Isnin, 4 Februari 2008

-Pensil-



APA ITU PENSIL?

Pensil adalah alat tulis yang terawal dibuat daripada grafit. Penulisan dilakukan dengan menggoreskan grafit tersebut ke atas kertas. Namun, grafit lebih mudah patah, terlalu lembut serta mengotorkan tangan ketika dipegang. Oleh sebab itu, kemudian diciptakan campuran grafit dengan tanah liat agar komposisinya lebih keras. Selanjutnya, komposisi campuran ini dibalut dengan kertas atau kayu.

SEJARAH PENSIL

Pada 30 Ogos 1790, pensil berhasil diciptakan oleh Nicolas Conte dari Jerman. Dia menggunakan sejenis batu bernama grafit murni dan untuk mencegah tangan menjadi kotor akibat terkena grafit, dia meletakkan batu gfafit itu di tengah sepotong kayu. Dewasa ini, salah satu jenis pensil yang digunakan untuk menulis atau melukis telah dinamakan sebagai pensil Conte.

PERKEMBANGAN PENSIL

Selama bertahun-tahun lamanya, grafit Inggeris memonopoli industri pembuatan pensil kerana cukup murni untuk digunakan tanpa perlu diproses lagi. Selain itu, grafit Eropah kurang bermutu, kilang-kilang pensil di sana menjalani berbagai eksperimen untuk memperbaiki isi pensil. Insinyur Prancis, Nicolas-Jacques Conté mencampur bubuk grafit dengan tanah liat, membentuk campuran itu menjadi batang-batang, dan membakarnya dalam api. Dengan mengubah-ubah perbandingan grafit terhadap tanah liat, ia boleh membuat isi pensil yang menghasilkan berbagai gredasi warna hitam proses yang digunakan sampai sekarang.

Pada abad ke-19, pembuatan pembuatan pensil menjadi salah satu perniagaan besar. Grafit boleh ditemui di beberapa tempat, termasuk Siberia dan Jerman. Sejumlah kilang telah dibuka di Jerman dan kemudiannya di Amerika Syarikat.

Awalnya pensil grafit diberi balutan kertas yang dirobek sesuai dengan keinginan pemakainya. Namun kemudian ditemukan cara lebih praktis dan efisien dengan menutupi seluruh batang grafit dengan dua bilah kayu yang ditoreh untuk menyediakan tempat bagi batang grafit dan kemudian disatukan.

Grafit murni mungkin lebih disukai oleh para seniman kerana karakteristiknya yang lebih luas. Namun untuk penggunaan sehari-harian, grafit yang diperlukan adalah grafit yang berkualiti lebih rendah agar lebih fleksibel. Pada tahun 1795, ahli kimia Perancis, Nicolas Jacques Conté, menemukan cara mencampur grafit dengan tanah liat agar dihasilkan pensil yang lebih baik dan praktis. Salah satu produk adalah pensil Conte.

Pada 30 Mac 1858 Hymen Lipman dari Philadelphia, Pennsylvania, Amerika Syarika telah mematenkan pensil dengan hujungnya ialah pemadam. Namun kemudian paten ini dibatalkan dengan alasan sebenarnya tidak ada penemuan baru dari pensil tersebut. Peraut mekanik (penajam pensil) ditemukan pada tahun 1880 dan dengan cepat menjadi sangat popular.

PEMPROSESAN MODEN

Pensil di era moden dibuat dengan cara menghancurkan grafit murni dan tanah liat menjadi bentuk bubuk. Campuran ini kemudian diberi air, dikeringkan, dan kemudian dibakar selama tiga hari. Kemudian isi pensil yang telah dicetak menjadi bentuk yang panjang dan tipis dilapisi dengan kayu halus.

Awalnya pensil lebih banyak dibuat dalam bentuk persegi kerana terbatasnya keupayaan mesin pada masa itu. Namun di era modern, lebih banyak ditemui bentuk bulat yang lebih selesa digenggam. Meskipun begitu, masih ramai lagi yang menggemari bentuk pensil bersudut karena memberi pegangan yang lebih kuat dan mudah dikawal ketika hendak menulis.

KARAKTERISTIK

Berbeza dengan pen, pensil cenderung memberikan kesan abu-abu dan warna yang lemah dan pecah dibandingan dengan pen yang memberikan warna yang padat dan tajam. Pensil juga lebih mudah dihapus dibandingkan pen.

Pensil yangl disertai dengan pemadam sangat disukai oleh pelajar. Namun kebanyakan seniman profesional yang mengutamakan mutu akan lebih menyukai pensil tanpa pemadam, pemadam ini diragui mutunya dan frekuensi pemadam yang lebih besar akan membuat pemadam yang terlalu kecil akan cepat terbuang sia-sia.
http://www.pencils.com/history.html