Pop Art atau Popular Art berkisar kepada hasil kebudayaan popular yang bersifat komersial dan materialistik. Selepas perang kebanyakan pelukis mengikut aliran abstrak dan membuangkan atau menyingkirkan objek-objek figuratif dan seni untuk tujuan realism yang kuat. Manakala artis-artis Pop Art membawa kembali objek figuratif dalam lukisan mereka secara langsung.
Pada akhir 60an terjadi ledakan ekonomi di mana terdapatnya peningkatan dalam pengeluaran dan barangan pengguna yang tersedia. Oleh sebab itu, pengiklanan menjadi penting untuk memasarkan kepada pengguna.
PERKEMBANGAN POP ART
Aliran ini bermula di England pada pertengahan 1950an yang pada asalnya ia adalah satu pergerakan yang mengelarkan diri mereka sebagai Independence Group (1954-1955) atau English Pop Art.
Pop Art berkembang serentak di England dan Amerika Syarikat menjelang awal 60an. Pop Art adalah pengaruh penting di England, New York, California, Eropah ( terutama di Perancis dan Itali). Bagi artis dari luar Amerika yang hidup dalam kesederhanaan selepas perang, imej ini menceritakan tentang kehidupan yang penuh dengan kemewahan yang tidak tergambar.
Dunia pictorial ini dikenali dan difahami oleh semua orang dan ia seolah-olah satu pembebasan bagi lebih ramai orang berbanding dengan seni abstrak yang elit.
Pengkarya Pop Art berpendapat tiada siapa yang perlu takut pada seni kerana pengetahuan dalaman dan pendidikan tidak lagi diperlukan. Semua orang tahu dan kenal dengan imej berkenaan. semua orang berupaya menghasilkan seni. Pop Art amat popular terutama dikalangan orang muda kerana seninya yang tiba-tiba sahaja menjadi segar dan mengikut keadaan.
CIRI-CIRI POP ART
- Imej-imej berdasarkan sesuatu nilai yang biasa dalam kehidupan harian seperti komik, kartun, dan iklan.
- Menggunakan imej-imej bergambar serta teknik hard-edge dan fotografi.
- Mengguanakan teknik-teknik yang lebih mudah dan cepat.
- Menggunakan warna yang lebih ceria dan menyerlah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan