Isnin, 25 Februari 2008

-Bauhaus-

SEJARAH BAUHAUS

Bauhaus telah ditubuhkan pada tahun 1919 di mana Walter Gropius pada mulanya ialah Pengetua Grand Ducal School of Fine Arts of Saxony di Weimar. Sekolah tersebut telah bergabung dengan School of Art and Craft tetapi telah ditutup pada tahun 1915. Walaubagaimanapun, ia telah dibuka pada 1 April dan dinamakan semula sebagai Staatliches Weimar (State Bauhaus Weimar).

Bermula dengan slogan "The Building of the future" (Pembinaan masa depan), Bauhaus menggabungkan kesemua bidang kesenian di bawah satu institusi. Oleh sebab pendekatan ini, maka Bauhaus memerlukan artis yang baru yang mempunyai kepakaran akademik kerana ia menawarkan pendidikan yang serba lengkap. Bagi mencapai matlamat ini, pengasas Bauhaus, Walter Gropius telah menyedari perlunya untuk mewujudkan satu kaedah pengajaran yang baru. Beliau yakin bahawa asas bagi semua bidang kesenian adalah kemahiran kraftangan. Oleh sebab itu, Bauhaus telah bertukar sebuah "bengkel" di mana artis dan tukang kraftangan mengajar serta mengadakan kelas pertukangan di bawah satu bumbung. Mereka ingin menyangkal pendapat bahawa seni halus dan seni aplikasi adalah dua bidang yang berbeza.

Walaubagaimanapun, Revoulusi Industri telah menyebabkan Bauhaus beralih arah dari pertukangan kepada teknikal. Bauhaus telah menukar programnya bagi memenuhi kehendak pada ketika itu. Begitu juga dengan slogannya iaitu " Art & Technology - A New Unity ". Tahap rekabentuk mereka diaplikasikan mengikut potensi industri pada ketika itu dengan mengambil kira fungsi serta aspek keseniaanya. bengkel Bauhaus telah menghasilkan prototaip untuk pengeluaran besar-besaran : daripada lampu sehinggalah ke sebuah kediaman yang lengkap.

Sejarah Bauhaus sentiasa berubah-ubah. Pertukaran pengetua dan guru-gurunya, pengaruh artistik dari serata dunia serta campurtangan politik telah menyebabkan perubahan kekal di Bauhaus.

TUJUAN KEWUJUDAN BAUHAUS

Tujuan bauhaus diwujudkan adalah untuk menggabungkan seni dan kraf. Selain itu, ia juga untuk menghubungkaitkan idea dengan kreativiti dalam seni dan teknologi serta membuat kajian terhadap kualiti bahan dan bentuk dalam mereka cipta bagi menghasilkan keluaran yang baik dan bermutu.

Untuk maklumat lanjut mengenai Bauhaus, sila layari laman web di bawah ini:

http://www.bauhaus.de/english/bauhaus1919/zeittafel1919.htm


Tiada ulasan: